PPKKSABAH

Monday, October 11, 2010

Panel Penasihat Klinik Kesihatan Peringkat Negeri Sabah










UCAPAN PENGERUSI PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN NEGERI SABAH SEMPENA MAJLIS MALAM MESRA PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN PERINGKAT NEGERI SABAH PADA 08 OKTOBER 2010.


Yang Berbahagia Dr. Mohd Yusof Hj. Ibrahim, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah merangkap Penaung Panel Penasihat Klinik Kesihatan Negeri Sabah.
Yang Berhormat DatuK Haji Datu Nasrun bin Haji Datu Mansur, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah dan Yang Berbahagia Datin.
Yang Berbahagia Dr. Asits bin Sanna, Pemangku Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Bahagian Kesihatan Awam yang juga Penasihat kepada Panel Penasihat Klinik Kesihatan Negeri Sabah.
Yang Berbahagia En. Juraimin bin Haji Jadil, Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Lahad Datu
Yang Berusaha Dr. Suhainizam bin Muhammad Saliluddin, mewakili Pegawai Kesihatan Kawasan Lahad Datu.
Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan
Tuan-Tuan, Puan-Puan dan semua Ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan dari seluruh negeri Sabah.



Selamat Datang ke Majlis Malam Mesra Panel Penasihat Klinik Kesihatan Peringkat Negeri Sabah yang pertama kali diadakan ini. Syukur kita kerana pada malam ini kita dapat berkumpul bersama-sama dengan rakan-rakan kita dari seluruh Negeri Sabah. Masih tidak terlambat juga untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan-rakan kita yang beragama islam yang menyambutnya.
Disini saya dapat melihat komitmen tuan-tuan adalah amat tinggi sekali untuk hadir bersama-sama bagi menjayakan malam mesra ini dan juga karnival yang akan berlangsung besok. Tanpa komitmen dan sokongan tuan-tuan saya pasti majlis ini tidak akan Berjaya.
Selaku ahli panel penasihat marilah kita semua bersatu bagi menjayakan program bersama-sama dengan jabatan kesihatan kearah masyarakat yang lebih sihat sesuai dengan motto Panel Penasihat, Pemangkin Masyarakat Sihat.
Yang Berbahagia Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Yang Berhormat Datuk serta Datin , Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Bahagian Kesihatan Awam, Tuan Penolong Pegawai Daerah, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Saya dimaklumkan bahawa Dr. Mohd Yusof bin Hj. Ibrahim telahpun dinaikan pangkat kepada Pengarah Kesihatan Negeri Sabah yang baru. Syabas dan tahniah dari semua ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan Negeri Sabah. Kami berasa amat bangga sekali kerana Dr. Mohd Yusof Hj. Ibrahim merupakan anak Sabah yang kedua menjawat jawatan tersebut dinegeri ini. Semoga dibawah pimpinan beliau jabatan kesihatan akan terus maju kehadapan dan dapat mencipta sejarahnya yang tersendiri.
Saya dan juga ahli-ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan Negeri Sabah mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dr. Asits bin Sanna yang juga baru dilantik sebagai Pemangku Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Bahagian Kesihatan Awam. Beliau juga merupakan anak Sabah. Semoga kerjasama yang ada diantara ahli-ahli panel dan pihak pengurusan tertinggi Jabatan Kesihatan Negeri Sabah akan terus dipereratkan bagi menyalurkan sumbangan yang lebih baik kepada masyarakat.
Yang Berbahagia Pengarah, Yang Berhormat Datuk serta Datin, Timbalan Pengarah, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati.
Saya telah dilantik untuk menjadi Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Negeri Sabah pada awal tahun 2010 ini, terima kasih diucapkan kepada Pengarah Kesihatan Negeri Sabah diatas kepercayaan yang diberikan kepada saya. Saya mempunyai komitmen yang tinggi bagi memimpin Panel Penasihat Klinik Kesihatan di Negeri Sabah supaya menjadi sebuah panel yang terbaik di Malaysia dan saya amat memerlukan bantuan dari semua pihak terutamanya dari Pengarah dan Timbalan Pengarah bagi menjadikanya satu kenyataan.
Untuk membolehkan Panel Penasihat Klinik Kesihatan melaksanakan aktiviti-aktiviti di peringkat kawasan saya memohon agar setiap Pejabat Kesihatan Kawasan diberikan sedikit peruntukan sekurang-kurangnya RM500.00 pada setiap tahun bagi membiayai aktiviti yang dirancang, manakala bagi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Peringkat Negeri diberikan juga peruntukan yang lebih besar bagi melaksanakan aktiviti diperingkat negeri. Tanpa bantuan kewangan dari Jabatan Kesihatan Negeri maka sudah tentu plan yang dirancang sukar untuk dilaksanakan. Adalah diharapkan dengan adanya peruntukan dari Jabatan Kesihatan Negeri semua Panel Penasihat Klinik Kesihatan yang ada di Negeri Sabah akan menjadi sebuah badan sukarela yang aktif dan berdaya saing bagi membantu jabatan kesihatan sebagai agen perubahan kepada masyarakat. Dengan adanya saluran peruntukan kepada Pejabat Kesihatan Kawasan ianya akan memberi semangat baru kepada ahli-ahli panel dalam menjalankan aktiviti meskipun sumbangan mereka tanpa sebarang imbuhan. Semoga permintaan ini mendapat pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya dari Pengarah Kesihatan Negeri.
Akhir kata saya mengucapkan syabas dan tahniah serta terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana Malam Mesra ini yang diterajui oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu dan juga ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan Lahad Datu diatas kesungguhan mereka memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan malam yang saya anggap sebagai satu sejarah kepada semua Panel Penasihat Klinik Kesihatan di Negeri Sabah ini. Semoga majlis sebegini dapat diadakan lagi ditahun-tahun yang akan datang.
Sekian, terima kasih.